Tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said mengarahkan pasukan bola sepak Terengganu, T-Team bersumpah dengan Al-Quran depan beliau kelmarin dulu mengundang kritikan pedas tapi bernas dari pengacara terkenal TV3.
Tindakan bersumpah laknat kononnya untuk membuktikan kebenaran berhubung insiden pergaduhan dalam terowong Stadium Larkin, Johor Bahru antara pasukan T-Team dan JDT yang kini dikenali sebagai "INSIDEN TEROWONG" tempoh hari itu dilihat mengelirukan serta mempermainkan agama dan begitu bersifat kebudak-budakan.
Dalam kehangatan orang ramai mencemuh dan mengutuk tindakan itu, tidak ketinggalan pengacara terkenal TV3, Ahmad Fedtri Yahya yang dilihat turut menegur perbuatan yang memualkan tersebut.
Sebaik sahaja upacara bersumpah tersebut dijalankan, melalui akaun twitter miliknya, Fedtri Yahya menulis:
"Muhasabah diri: Quran pun jarang² buka, tebal dengan debu. Mengembalikan fungsi sebenar Al-Quran, Bukan sekadar hiasan hantaran dan alat bersumpah"
Kini tidak kurang ramainya orang jadi keliru dengan perbuatan bersumpah depan Al-Quran ini dan menyangka ia adalah ajaran Islam?
Sedangkan orang yang suka bersumpah itu menunjukkan ciri-ciri 'munafik' yang menjadikan sumpah sebagai perisai lalu? membawa orang lain kepada kesesatan.
"Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya sebagai perisai, lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan" [Al-Munafiqun: 2].
Al-Quran tidak dibaca... suruhannya tidak diamalkan... sebaliknya hanya jadi alat untuk bersumpah.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri