Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7876

Nur Aishah hati kering

MELAKA: Keberanian seorang wanita mempertahankan beg tangannya daripada diragut bukan saja menggagalkan usaha peragut itu malah menyebabkan penjenayah terbabit diberkas di Bukit Rambai di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9 malam, Nur Aishah Abdul Majid, 22, dalam perjalanan pulang ke rumahnya menunggang motosikal jenis SYM sebelum dia dihampiri sebuah motosikal ditunggang penjenayah dari arah belakang yang cuba meragut beg tangan miliknya.

Tindakan peragut itu bagaimanapun gagal apabila mangsa tidak melepaskan beg tangan miliknya malah nekad mengejar suspek yang cuba melarikan diri sebelum terjatuh apabila dihimpit sebuah kereta PERODUA Kancil.

Penjenayah berusia 35 tahun itu terus diberkas pemandu PERODUA Kancil terbabit bersama rakannya yang kebetulan ternampak cubaan lelaki itu untuk meragut.



Suspek yang dipercayai positif dadah jenis methamine kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Nur Aishah berkata, kejadian itu adalah pengalaman kali pertamanya menyebabkan dia bersama trauma.

"Kejadian berlaku terlalu pantas dan saya tergamam seketika apabila merasakan beg disilang di bahagian depan cuba dirampas seseorang. Namun, saya enggan menyerah kalah dan cuba melawan kembali sehingga lelaki itu melepaskannya dan cuba melarikan diri," katanya





Terdahulu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman melawat mangsa di kediamannya di Bukit Rambai di sini pagi tadi memuji tindakan berani Nur Aishah yang tidak panik apabila cuba diragut sehingga suspek berjaya diberkas.

"Saya ingin mengucap tahniah kepada gadis muda yang berani ini serta orang awam lain yang bersama-sama bekerjasama membanteras kejadian jenayah ini.

"Kita akan menganugerahkan surat penghargaan kepada Nur Aishah dan dua orang awam yang turut membantu menangkap suspek pada bulan depan," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7876