Quantcast
Channel: AANS BLOG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7876

20 Unit Kedai Papan Sederet Di Pekan Air Mawang Musnah Terbakar

$
0
0
KUALA PILAH: Dua puluh unit kedai papan sederet musnah dalam kebakaran di Pekan Air Mawang, Johol dekat sini Jumaat.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang bermula pukul 5.43 petang itu.

Sebanyak lima jentera dengan kekuatan 35 anggota, masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Tampin, Bahau, Telok Kemang serta Alor Gajah, Melaka dikejar ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.

Pasukan Bomba Sukarela Dangi dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia turut membantu memadam kebakaran itu.






Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Shazlen Mohd Hanafiah berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada 5.58 petang.

"Kita berjaya mengawal api daripada merebak jam 6.19 petang. Pemeriksaan mendapati tiada kecederaan atau kematian dalam kejadian itu kerana semua pemilik sempat menyelamatkan diri.

"Pasukan bomba masih lagi menjalankan kerja-kerja memadam api sehingga pukul 9 malam untuk memastikan api dapat dipadamkan sepenuhnya," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau difahamkan api yang berpunca daripada sebuah kedai di premis itu merebak dengan pantas berikutan cuaca kering dan berangin.

"Kita masih menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian yang dialami pemilik kedai terbabit," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7876