KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kesal dengan penyebaran maklumat berhubung operasi mereka sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata maklumat kononnya antara lain pihaknya menetapkan sasaran untuk setiap anggota mengeluar 15 saman serta mengenakan kadar kompaun tidak kurang daripada RM1,000 sebagai tidak benar.
Beliau berkata JPJ tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang tersebar luas di laman sosial mahupun menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Kita mula mengesan laporan palsu itu Selasa lalu dan agak terkejut kerana ada beberapa perkara yang tidak benar di dalam mesej tersebut.
"Kita telah panjangkan mesej tersebut pada pihak ibu pejabat untuk tindakan lanjut," katanya kepada Bernama.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri