Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7876

‘Sila undur Tok Mat!’

Kuala Lumpur: “Jika perlu, kami berhasrat berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (yang juga penaung Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sekiranya kepimpinan ketika ini tidak berundur!”

Itu antara cadangan disuarakan bekas pemain negara, Salim Mohd Yusof yang sudah bosan dengan kegagalan menimpa skuad negara di pentas antarabangsa dengan kekecewaan terbaru di Sukan SEA Myanmar pada Disember tahun lalu.


gambar hiasan


“Kami sebagai bekas pemain mahu kepimpinan sekarang yang diketuai Datuk Ahmad Ismail berundur. PSM memerlukan kepimpinan baru kerana sudah terlalu lama beliau memegang jawatan.

“Kami mahu beliau meletak jawatan sebelum Mac ini (sebelum berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PSM). Jika beliau tidak melakukannya, kami sebagai bekas pemain akan berjumpa Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum berhubung perkara ini dan berharap Perdana Menteri akan dapat menasihatkan Ahmad supaya berundur,” katanya yang pernah meraih emas di Sukan SEA 1981 dan 1983.



Malah Salim tidak melihat AGM yang dilaporkan bakal berlangsung pada Mac mampu menukarkan kepimpinan Ahmad yang memegang jawatan sejak 2003 kerana berpandangan undian persatuan negeri tetap akan memihak kepada Ahmad berdasarkan faktor kawan, bukannya atas faktor pembangunan sepak takraw itu sendiri.





Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7876