Diva bervokal lantang Ziana Zain, 46, tersentuh hati apabila anak lelakinya Mohd Aiman, meminta beliau supaya memakai tudung.
Menurut penyanyi yang popular dengan lagu seperti Madah Berhelah dan Kekal ini, niatnya mahu berhijab telah lama timbul di dalam hati. Namun beliau menantikan masa yang sesuai untuk dirinya melakukan perubahan tersebut.
"Anak sulung saya Aiman pernah tanya saya, katanya, "mama, bila mama nak pakai tudung. Saya jawab, "bila tiba masanya nanti, InsyaAllah... mama akan pakai. Niat tu memang dah lama ada dalam hati", katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Teaterikal Suara Kita, di Istana Budaya, baru-baru ini.
Tambah pemilik nama sebenar Siti Roziana Mohammad Zain ini sejak menghantar Aiman ke sekolah Agama letak di Sabak Bernam Selangor, anak sulungnya itu sering menegurnya dari segi pemakaian dan imej.
"Pernah sekali tu, Aiman ikut saya pergi beli kuih di warung berdekatan rumah. Masa tu saya pakai skirt paras bawah lutut. Masa saya beli kuih tu, si Aiman yang berdiri kat sebelah terus tutup lencana baju dia dengan tangan.
"Saya tanya dia kenapa Aiman tutup lencana tu? Dia jawab, mama, "Mama, jangan malukan sekolah Aiman. Mama tak tutup aurat tu...", ceritanya sambil tersenyum mengenangkan gelagat anaknya yang berusia 14 tahun itu.
Selain Aiman, Ziana mempunyai anak lelaki, Mohamad Amar (11 tahun) dan sepasang Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh yang kini berusia 5 tahun.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri