KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek hari ini seolah-olah mengelak untuk menjawab mengenai persoalan isu kenaikan harga barang.
Beliau ketika ditanya mengenai kenaikan harga kelapa di Pulau Pinang yang kini telah mencecah RM2.80, enggan menggulas sebaliknya hanya mahu memberi kenyataan berkenaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
"Hari ini kita hendak fokuskan mengenai KR1M sahaja," katanya ketika sidang media selepas melawat rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia di Pudu Sentral hari ini.
Sementara itu ketika ditanya mengenai barang kawalan sempena Tahun Baru Cina, Pengawai Khasnya pula yang bertindak memberitahu supaya pihak yang bertanggungjawab akan memaklumkan kemudian.
"Pegawai kita akan memaklumkan perkara ini, di kemudian hari," kata Pegawai Khasnya itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri