Quantcast
Channel: AANS BLOG
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7876

Misteri Tandas Tiada Cermin di Palm Mall Seremban

$
0
0
Pernah dengar Palm Mall Seremban?

Ia baru sahaja siap dan ia terletak di Jalan Sungai Ujong atau Jalan Toman 1. Bersebelahan dengan KPJ Seremban, Kemayan Square.



Palm Mall Seremban ini mempunyai kedai-kedai baru yang dibuka. Kedai seperti Daiso, Chatime, Reject Shop, F.O.S dan beberapa lagi kedai. Ada juga kedai-kedai yang masih dalam pengubahsuaian.

Ada rumors yang mengatakan bahawa ada gangguan makhluk halus di mana cermin-cermin tidak dipasang di tandas-tandas. Jadi, aku dan seorang rakan, Fairaul pun nak melihat sendiri sejauh mana kebenarannya. Diberitahu kepada kami hanya tingkat G sahaja yang sudah dipasang, tingkat yang lain masih belum dipasang kerana cermin masih ditempah dari luar negara.



Kami ke tandas lelaki yang berada di tingkat dua.



Tandas Lelaki di Tingkat 2 – tiada cermin.



Sempat lagi selfie jap. hehehe

Dan bila kami ke Tingkat 1, pun sama… masih tiada cermin. Paip air masih boleh digunakan seperti biasa.




Kemudian kami ke aras UG. Tiada cermin.



Di aras UG, kami ke satu lagi tandas… Bila masuk, ada beberapa orang pekerja sedang menyiapkan tapak atau bracket di atas bahagian sinki itu. Rasanya untuk melekatkan cermin di situ.



Tandas lelaki di aras Upper Ground (UG) pun takde.

Jadi kami ke aras bawah sekali iaitu Ground Floor. Seperti yang diberitahu, ada cermin yang sebesar-besarnya. Cantik, bersih dan kemas. Sinki dan tandas sudah tentu boleh digunakan.



Selfie sekali lagi dengan cermin di tandas Palm Mall Seremban ni.



Kat Hotel??

Kami bermalam di Palm Seremban Hotel. Bilik yang cantik, kemas, selesa dan punyai WiFi dan Tv siaran dari UniFi. Sudah tentu hotel yang bersambung dengan Palm Mall itu mempunyai cermin. Besar pulak tu cerminnya.



Dan dalam toilet pun ada..



Jadi.. Aku rasa tiada masalah dan gangguan bagi ketiadaan cermin di tandas yang dikatakan ‘berhantu’ itu. Mungkin sudah tiada lagi dan aku lihat seperti biasa sahaja dengan shopping complex yang lain. Cuma ia baru dibuka sahaja. Kedai pun tak penuh lagi dan aku lihat juga ia bakal dibanjiri oleh penduduk sekitarnya. Pasaraya Giant pun ada di dalam Palm Mall ini.

Oh yea… Gangguan dalam panggung wayang GSC??

No such thing… kengkawan tengok citer seram lagi kat hall tu. Tiada apa-apa yang pelik berlaku melainkan ada cerita yang boring dan ada cerita yang menarik. Ada yang nak belanja tengok wayang ke sambil makan pop corn di GSC Palm Mall? hehehee..



Teringat lagu P.Ramlee dulu… Aci aci buka pintu.

Aci aci buka pintu
Nana balik hai pukul satu
Jangan takut burung hantu
Nana bawa tongkat semambu…

Nana nana lekas pulang
Aci takut tinggal seorang
Belakang rumah ada jembalang
Mata sepet hidungnya belang..



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7876