Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7876

3 Foto Azwan Ali bawa 'Batang Mop' pergi Umrah dimaki peminat

Diva terkenal, Azwan Ali sememangnya antara selebriti tempatan yang dilabel paling banyak mencetuskan kontroversi dek kerana bermulut lancang, celupar dan menganggap bahawa masyarakat Malaysia tidak boleh ditegur secara direct.

Selain perwatakan sedemikian, Azwan juga seorang yang suka mengambil foto-foto selfie pelik dan sering mendapat pelbagai respon negatif dari peminat di laman sosial.

Terbaru, adik kepada YB Mohamed Azmin Ali itu kembali mencetuskan kejutan di kalangan peminatnya di laman Instagram kerana memuatnaik beberapa keping foto selfie sedang memegang batang mop ketika menunaikan umrah di Mekah buat kali ketujuh.

Perkongsian tersebut dikecam hebat peminat kerana beranggapan Azwan hanya menunjuk-nunjuk. Lebih menarik, ada peminat sanggup melemparkan kata-kata pedas berbunyi "tak pergi umrah sehingga 7 kali kalau perangai tidak berubah."






Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7876