Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7876

Konstabel Zakia Aleip selamat, hubungi isteri

KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan Konstabel Zakiah Aliep menghubungi isterinya, Sharifah Erna Berson, malam tadi.

Dalam perbualan singkat itu, Zakiah dilaporkan memberitahu isterinya dia kini berada dalam tawanan kumpulan penculik bersenjata, namun tidak menyatakan lokasi dia berada.

Zakiah, 26, sebelum ini dilaporkan hilang sejurus selepas serangan hendap kumpulan bersenjata di sebuah resort terapung di Pulau Mabul di perairan Semporna, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, rakan setugasnya Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh susulan tembakan rambang dilepaskan oleh kumpulan lapan suspek terbabit.

Sharifah Erna Berson, 23, berkata sejak mendapat tahu insiden menimpa suaminya, dia berdoa supaya Zakiah selamat dan dapat pulang menyambut Aidilfitri bersama anak mereka, Mohd Hisyam Izzuddin ketika ditemui di rumah mereka di Taman Nilam, di sini



Sumber












PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7876