Seorang pelajar tingkatan satu telah patah kaki selepas Bas Rapid Kuantan yang dinaikinya terbabas lalu merempuh rel penghadang jalan di Kilometer 4 Jalan Pekan-Kuantan petang semalam.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Kilau, Rasydan Hakimi Saari merupakan antara tiga penumpang yang menempuh pengalaman ngeri apabila bas yang mereka naiki tertusuk rel penghadang jalan berkenaan kira-kira 3.40 petang semalam.
Kemalangan ngeri berkenaan dipercayai berpunca daripada tayar depan sebelah kiri bas berkenaan pecah sebelum kenderaan itu terbabas ke kiri jalan.
Pegawai Bomba Kanan ll, Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Rosli Daud menyatakan pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.
45 petang tadi sebelum mengerahkan empat anggota dan sebuah jentera ke tempat kejadian.
Kesemua mangsa dibawa keluar oleh orang ramai yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri