Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7876

Polis nafi akan beri bantuan jika masukkan Pin terbalik di mesin ATM



PDRM dalam facebook rasminya telah mengeluarkan pembetulan fakta yang disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab mengenai bantuan sekiranya masukkan no pin ATM Bank secara terbalik.

Sebaran mesej kononnya bantuan pihak polis akan diterima sekiranya anda memasukkan nombor pin di mesin ATM secara terbalik adalah TIDAK BENAR.

Pengesahan dengan Bank Negara Malaysia telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan untuk keselamatan pengguna mesin ATM.

Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan menyebarkan maklumat yang sahih kandungannya.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7876