Akibat kerajaan negeri Johor yang tidak bertegas melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat. Swasta dan bank-bank boleh bercuti Ahad.
Kini ura-ura cuti kembali kepada Ahad timbul dan heboh di kalangan kakitangan awam Johor.
Menurut mereka, kerajaan negeri Johor dijangka akan menukar kembali cuti hujung minggu kepada Ahad sebagaimana yang diamalkan sebelum ini, bermula 1 Jan tahun depan.
“Saya dimaklumkan kerajaan negeri sedang mengkaji semula untuk menukar kembali cuti hujung minggu kepada hari Ahad pada tahun depan, selepas setahun cuti hujung minggu pada hari Jumaat.”
“Isu penukaran kembali cuti hujung minggu kepada hari Ahad sedang hangat diperkatakan dikalangan kakitangan awam di Johor,” kata seorang kakitangan awam negeri kepada Malaysia Gazette sebelum ini.
Seorang lagi kakitangan agensi kerajaan negeri memberitahu, penukaran tersebut kerana kesukaran menjalankan urusan perniagaan.
Katanya, bank-bank dan syarikat kewangan di Johor tidak bercuti pada Jumaat dan mengekalkan Ahad sebagai hari cuti mingguan mereka.
Dengan Jumaat sebagai cuti hujung minggu pihak kerajaan dan Ahad bagi pihak swasta, hanya ada empat hari untuk menjalankan urusan di bank-bank.
Ia telah menimbulkan kesukaran kepada golongan perniagaan yang terpaksa berurusan dengan kedua-dua pihak iaitu bank dan pejabat -pejabat kerajaan.
Ada yang berkata Iskandar Malaysia menerima kesan daripada perubahan itu dengan urusan membabitkan pelaburan asing terutamanya daripada Singapura mengambil masa yang lebih panjang daripada biasa.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri